Tentang Manusia
1. Allah menciptakan setiap manusia melalui ibu bapanya, dan
memberinya tubuh dan jiwa.
2. Allah hendak segala manusia memperoleh kehidupan dan ke-bahagiaan-nya
3. Manusia harus mematuhi perintah-perintah Allah; ia makhluk
Allah.
4. Kerana manusia tak patuh kepada Allah dan berdosa, dia memerlukan
penyelamatan daripada Allah untuk pengampunan dosa dan mendapat
kehidupan Allah.
Tentang Yesus Kristus, Penyelamat Dan Penebus
Manusia
5. Yesus Kristus adalah Putera Allah. Kerana itu kita
panggil- Nya. Tuhan Yesus.
6. Allah Bapa mengutus-Nya untuk menebuskan dan
menyelamatkan segala manusia.
7. Putera Allah menjelma menjadi manusia dalam rahim Perawan Maria atas
kuasa Roh Kudus, dan dilahirkan di Palestina.
8. Untuk menyelamatkan segala manusia, Ia menderita sengsara dan mati di
salib, dan bangkit dari kematian seperti Ia telah berkata.
9. Sekarang Ia hidup di dalam kemuliaan Bapa- Nya, dan dalam
Gereja-Nya pula di dunia seperti dijanjikan-Nya.
10. Dia akan datang kembali pada akhir zaman untuk mengadili
segala manusia.
Tentang Allah
11. Allah adalah Maha Esa, kerana kata-nya: "Akulah Tuhan,
Allahmu. Janganlah ada padamu allah lain di hadapan-ku." (keluaran 20:2)
12. Allah adalah Maha Kuasa, Maha Baik, Maha Tahu, Maha Rahim, dan ada
di mana- mana.
13. Allah adalah roh murni, tidak ada tubuh dan tidak dilihat
sesiapapun.
14.Tuhan Yesus mengajar bahawa Allah adalah Bapa-Nya dan Bapa-Kita
manusia pula di syurga; bahawa kerana cintakasih-Nya Allah mengutus
Putera-Nya menjadi Penyelamat manusia; dan bahawa mengutus Roh Kudus-Nya
untuk membimbing serta menbantu kita manusia.
15. Menurut ajaranYesus, Tuhan Allah itu Maha Esa, tunggal atau
hanya satu hakikat-nya, tetapi tiga pribadi atau diri-Nya, ialah Bapa,
Putera dari Roh Kudus. Ajaran ini tertinggi dan melampau akal manusia.
Kita percaya akannya sebab diajarkan oleh Putera Allah.
Tentang Gereja Yesus Kristus
16. Gereja Yesus Kristus ialah Umat Allah yang percaya akan Yesus
Kristus dan dilahirkan dari air dan Roh Kudus melalui sakramen
permandian. Gereja ini dipanggil pula Tubuh Kristus yang rohani.
17. Kerja Gereja inilah yang meneruskan kerja penyelamatkan Kristus di
dunia.
18. Gereja ini satu, kudus, katolik ( untuk segala manusia), dan
apostolik ( di-dasarkan atas rasul-rasul Kristus).
19. Dasar Gereja ini adalah Petrus serta para rasul, dipilih dan
diutuskan oleh Kristus untuk menyebarkan Injil- Nya kepada segala
manusia.
20. Kepala Gereja ini ialah Yesus Kristus sendiri, dan wakil- Nya yang
kelihatan ialah Petrus serta pengganti-penganti nya, iaitu para
Paus(Pope) di Roma.
21. Gereja ini harus dipatuhi, dan ajaran-nya dipercayai.
|
Tentang Santa Perawan Maria

22. Yesus Kristus, Putera Allah, dilahirkan menjadi manusia oleh
Santa (kudus) Perawan Maria. Kerana itu Santa Perawan Maria dinamai
Bonda Allah.
23. Yesus sendiri menghormati Bonda Maria, dan memberinya hak-hak besar
serta istimewa. Tuhan Yesus berhendak agar Bonda-Nya dihormati oleh
segala orang kristian-Nya.
Tentang ketujuh Sakramen
24. Ketujuh sakramen yang didirikan oleh Tuhan Yesus adalah:
1. Sakramen Permandian atau
Pembaptisan.
2. Sakramen Penguatan atau Krisma.
3. Sakramen Ekaristi.
4. Sakramen Pengampunan Dosa
atau Sakramen Pengakuan
atau Sakramen Rekonsiliasi.
5. Sakramen Pengurapan Orang Sakit.
6. Sakaramen Imamat.
7. Sakrament Perkawinan.
25. Dalam setiap sakramen, kita bertemu dengan Tuhan Yesus sendiri
dan menerima daripada-Nya rahmat dan bantuan bagi hidup kita.
26. Melalui sakramen permandian, Tuhan melepaskan seorang dari dosa asal
dan dosa diri, memberinya kehidupan ilahi dan membuatnya menjadi seorang
anak Allah.
27. Melalui sakramen penguatan, Tuhan memberi seorang yang telah
dipermandikan Roh Kudus-Nya. supaya ia dikuatkan untuk menjalankan
tugas tugasnya.
28. Melalui sakramen ekaristi, Tuhan menjemput kita untuk menyertai
Korban Yesus dalam Misa dan disatukan dengan-Nya dalam komuni.
29. Melalui Sakramen pengampunan dosa, Tuhan melepaskan kita dari dosa
serta mendamaikan kita dengan-Nya dan sesama orang, dan menguatkan kita
pula untuk menjuahkan diri dari dosa.
30. Melalui sakramen pengurapan orang sakit, Tuhan menguatkan seorang
Kristian yang sakit untuk menyertai Yesus dalam sengsara dan kematian -Nya
dengan penuh penyerahan kepada Allah Bapa, Kerap kali orang sakit
desembuhkan-Nya melalui sakramen ini.
31. Melalui sakramen imamat, Tuhan menjadikan seorang imam-Nya dengan
kuasa dan tugas-tugas- Nya di antara umat-Nya.
32. Melalui sakrament perkahwinan, Tuhan memberkati suami dan isteri,
dan menjanjikan rahmat serta bantuan Nya untuk selama hidup mereka.
33. Sesiapa hendak menerima sakramen apapun, harus menyediakan
diri dengan sepatutnya

|
Tentang
Kesepulah Perintah Allah
34. Kesepuluh perintah Allah ialah:
Tuhan Allah berkata (keluaran 20)
1. Aku Allah, Tuhamu. Jangan
memuja berhala, tetapi berbaktilah
kepada-Ku
sahaja dan cintailah
Aku lebih dari segala
sesatu.
2. Jangan menyebut nama Allah,
Tuhanmu, tidak dengan hormat.
3. Kuduskanlah hari Tuhan.
4. Hormatilah ibu bapamu.
5. Jangan membunuh.
6. Jangan berbuat cabul.
7. Jangan mencuri.
8. Jangan bersaksi dusta terhadap
sesamamu manusia.
9. Jangan ingin berbuat cabul.
10. Jangan ingin akan milik sesamamu
munusia
secara tak adil.
35. Perintah. Allah yang terutama ia lah:
(Matius 12:29-31)
" Cintailah Tuhai Allahmu dengan
segenap hatimu."
" Cintailah sesama manusia seperti
dirimu sendiri."
Tentang Doa dan Kitab Suci

36. Orang Kristian harus mengingat Tuhan dan berdoa pada setiap
hari, sekurang- kurangnya pada pagi setelah bangun dan pada malam
sebelum tidur untuk memuji dan bersyukur kepada Tuhah.
37. Kitab Suci (The Holy Bible) adalah sabda Tuhan, sangat penting bagi
kehidupan Kristian. Kerana itu umat Kristian harus membaca Kitab Suci.
Tentang Hal Hal Terakhir
38. Hal-hal terakhir kepada setiap orang, ialah:
a) Kematian
b) Pengadilan individu
c) Syurga (abadi)
Naraka (abadi)
Api-penyucian (sementara)
d) Kebangkitan badan pada
akhir zaman.
e) Kedatangan kedua Tuhan
Yesus dan pengadilan umum
f) Langit yang baru dan bumi
yang baru.
39. Setelah mati, jiwa manusia akan diadili oleh Tuhan Yesus.
a) Setelah itu, jiwa akan diterima
ke dalam syurga, jika tak ada
dosa atau hikum
kerana dosanya.
b) Ia akan hihukum ke api-penyucian,
jika keadaannya yang sudah di
ampuni
dosanya, namun masih
harus menebuskan
hukuman
akibat dosa-dosanya. Di
api-
penyucian ia tinggal hingga semua
hukum
ditebuskan. Kita dapat
menolong dia dengan
doa-doa
dan Misa Kudus, Setelah itu,
ia
pergi ke syurga.
c) Ia akan hihukum ke naraka, jika
ada doa berat yang belum disesali
sebelum mati.
|